Untuk pengalaman pengguna yang terbaik dan untuk menghubungkan pembaca kepada artikel berkaitan pada blog anda, pautan dalaman yang dilakukan dengan betul akan meningkatkan SEO blog anda.

 

Ia perlu dilakukan dengan teliti dan strategik. Ia merupakan salah satu aspek paling penting dalam SEO dan strategi pemasaran konten blog anda. Jangan membuat pautan ke halaman-halaman yang tidak relevan demi menambahkan pautan dalaman.

 

Pautan dalaman atau Internal linking memberitahu pembaca dan labah-labah enjin carian bahawa sesebuah halaman itu penting dan menubuhkan struktur laman web yang membawa kepada navigasi yang mudah.

 

Nilai pautan dalaman untuk pembaca melaraskan strategi:

 

l Menambah lebih banyak konteks kepada subjek tertentu.

l Menyediakan lebih banyak pilihan bacaan.

l Mempromosikan konten lama atau acara-acara yang akan datang.

l Anchor text yang menaikkan kedudukan kata kunci tertentu.

l Membantu Google dalam mengindeks halaman blog anda dengan lebih berkesan.

 

Dengan anchor texts yang merangkumi frasa kata kunci tertentu, anda memberitahu pembaca apa yang boleh dijangkakan apabila mereka klik pautan tersebut, sambil membantu enjin carian mencari halaman-halaman tersebut.

 

Bagaimana dengan betul membuat pautan ke halaman blog anda

 

Pautan dalaman boleh menjadi satu komponen yang kritikal untuk kempen pemasaran carian anda. Terdapat cara yang anda boleh gunakan pautan dalaman dengan cara yang salah, seperti spam di footer dengan pautan yang kaya dengan kata kunci. Ini tidak relevan untuk pengguna anda dan labah-labah enjin carian tidak akan dapati apa-apa nilai padanya.

 

Ia tidak menjadi masalah berapa banyak pautan dalaman yang anda punyai dalam suatu halaman tertentu, selagi ianya terus memberi nilai dan relevan. Dengan penciptaan konten yang berkualiti tinggi dan unik, ada banyak sebab untuk dipautkan. Berikut adalah beberapa langkah untuk memasukkan pautan-pautan ke konten anda sementara memberikan nilai terbaik.

 

Anchor Text yang betul

 

Tawarkan satu pendekatan yang unik untuk pautan dalaman anda. Berfikir di luar kebiasaan seperi "Baca lagi" atau "Klik disini" atau menampal keseluruhan URL ke dalam konten. Itu bukan anchor text yang betul.

 

Apabila ia berkenaan dengan menambah nilai dan meningkatkan usaha SEO anda, anchor text yang betul membawa kesan yang tinggi. Semakin relevan anchor text yang mengarah ke halaman blog anda , semakin kuat jus pautan atau link juice. Anchor text memainkan peranan yang besar dalam kedudukan enjin carian blog dalam beberapa frasa. Malah jika anda mempunyai sebuah blog baru tanpa pautan luaran yang mengarah ke blog anda, pautan dalaman boleh mendapatkan kedudukan dalam enjin carian disebabkan oleh pautan dalaman.

 

Memberi lebih nilai dan meningkatkan strategi SEO anda dengan pautan dalaman

 

Anda patut tahu bahawa konten yang berkualiti mempunyai nilai yang tinggi di mata enjin carian dan kesannya terhadap kempen SEO anda. Matlamat pautan dalaman adalah untuk memberikan maklumat lanjutan mengenai satu topik yang dituliskan dan membuat konten anda lebih berkualiti sambil meningkatkan nilai keseluruhan konten blog anda. Untuk mencapai matlamat anda dan mengembangkan perniagaan anda, pautan dalaman tidak boleh dilepas pandang.